Bengkel Penulisan Kritis (kreatif dan non-kreatif) telah diadakan pada 16-18 Disember lalu di kpA agroBazaar & Chalets di Lebuh AMJ, Melaka. Ini adalah bengkel penulisan pertama dianjurkan oleh Ikatan Persuratan Melayu (IPM) sepanjang 61
Bengkel ini anjuran bersama IPM dengan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) serta kerjasama Seniman Paksi Rakyat (PAKSI). Seramai 17 peserta telah menjayakan bengkel ini dengan berjaya. Para peserta terdiri daripada para penulis dan bakal penulis di Melaka, Johor dan Negeri Sembilan. Bengkel hanya berlangsung selama 3 hari 2 malam memberikan kesan positif
Pada hari pertama, bengkel ini diberikan taklimat oleh wakil CAP iaitu Cik Gu Azmi bin Hamid. Hari berikutnya, Aktivis sastera dan teater iaitu saudara Dinsman telah membentangkan kertas bertajuk Tanggungjawab penulis menegakkan keadilan dan kebenaran sebagai wadah pembentukkan masyarakat madani.
kemudian saudara Hj Razali Endun membentangkan topik bertajuk Membentuk pemikiran kritis dalam penulisan cerpen. Manakala saudara Hasni Abas membentangkan kertas kerja bertajuk Penggunaan bahasa yang betul dan tepat dalam penulisan.
Pada sebelah malam setiap peserta telah dibahagikan kepada kumpulan kecil bagi membentangkan topik bertajuk Dilema penulis mengangkat kebenaran dan keadilan dalam keadaan masyarakat menjurus ke arah kehancuran nilai moral serta hagemoni politik yang menggila dalam kehidupan masyarakat.
Setiap wakil kumpulan dikehendaki membentangkan hasil perbincangan kumpulan.
Pada hari terakhir pula, IPM menerima kunjungan Puan Zainon Ismail bagi berkongsi pengalaman sebagai penggiat sastera dan penulis
No comments:
Post a Comment