Monday, April 21, 2014

Ulasan Bicara Buku Cinta Yang Terindah




Novel Cinta Yang terindah karya Ida Nardiel telah dibicarakan di Wisma UTC, Jalan Hang Tuah pada 20 April 2014. Novel terbitan Fajar pakeer telah mengambil masa dalam lima tahun oleh penulisnya untuk di siapkan. Novel ini mengentengahkan unsur cinta, persahabatan dan kekeluargaan namun ada peserta yang mengkritik bahawa novel ini jelas menunjukkan sifat femininisme. Ini kerana watak utamanya yang  putus cinta berfikiran  menyalahkan lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya.

Kemudian penggunaan bahasa yang agak melampau. Di akui tema cinta dikalangan remaja dalam novel ini menggunakna bahasa yang agak kertelaluan. Dalam novel ini menggambarkan kehidupan remaja di bandar yang terjebak dengan gejala sosial. selain itu banyak penggunaan bahasa Inggeris di dalam novel ini cuba untuk menggambarkan remaja kota yang terlampau sosial.

Novel ini bukan karya sastera sebaliknya hanya sebuah novel pop yang mengentengahkan isu semasa.


No comments:

Post a Comment