Assalamualaikum
Alhamdulilah syukur ke hadrat Ilahi, kali pertama sebelum IPM mengorak langkah lebih jauh dalam tahun 2020, IPM dan JKKN Melaka telah bertemu untuk menjalankan usahasama bagi menyemarakkan Seni, Sastera dan Budaya Negeri Melaka pada 22 Januari hari Rabu di JKKN Melaka, Ayer Keroh
Pertemuan di JKKN bukan sahaja menjalinkan hubungan mesra persatuan dan jabatan tetapi juga ahli-ahli IPM dan kakitangan JKKN Melaka.
Pertemuan yang berlangsung hampir 2 jam telah membicarakan beberapa program yang bakal dijalankan secara usahasama. Negeri Melaka antara negeri yang penuh dengan budaya dan tersendiri dengan Dondang Sayang, Nazam dan banyak lagi puisi-puisi tradisional dan mahu kembali mengangkat tradisi ini dengan lebih jauh lagi begitu juga dengan sastera dan penulisan yang mana IPM mahu melahirkan lebih ramai penulis-penulis muda dengan kerjasama JKKN
Kredit gambar Pengarah JKKN Melaka dan SU 1 IPM
No comments:
Post a Comment