Thursday, August 6, 2020

Sayembara Menulis Cerpen dan Puisi Kemerdekaan dan Patriotik

 SAYEMBARA MENULIS PUISI DAN CERPEN KEMERDEKAAN DAN PATRIOTIK

 

PENGENALAN 

Ikatan Persuratan Melayu (IPM) telah bersepakat untuk menganjurkan Sayembara menulis Cerpen dan Puisi bermula pada tahun 2020. Penganjuran sayembara ini bertujuan menanamkan rasa cinta dan semangat patriotik terhadap tanah air.

Penganjuran sayembara ini terhad di wilayah selatan, iaitu Melaka dan Johor sahaja

TUJUAN

1.                  Meneguhkan perpaduan kaum melalui penulisan cerpen dan puisi

2.                  Memperkasakan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia melalui

penulisan cerpen dan puisi

3.                  Menyerikan sambutan Bulan Kebangsaan pada setiap tahun


PENYERTAAN

1.                  Tema ialah Kemerdekaan dan Patriotik

2.                  Penyertaan adalah terbuka kepada rakyat Malaysia di negeri Melaka dan Johor berumur 16 tahun ke atas. Peserta mestilah lahir di Melaka dan Johor. Bagi yang bukan berasal dari negeri Melaka dan Johor perlulah bermastautin lebih dari 5 tahun di negeri Melaka dan Johor.

3.                  Ahli Ikatan Persuratan Melayu (IPM) yang lahir dan bermastautin di Melaka dan Johor sahaja dibenarkan menyertai tetapi Urus Setia tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.

4.                  Karya hendaklah ditulis dalam bahasa Melayu.

5.                  Karya yang dihasilkan mestilah karya asli penulis. Sebarang karya plagiat, terjemahan, atau karya yang pernah disiarkan di mana-mana penerbitan cetak atau digital terbatal secara automatik.

6.                  Karya tidak boleh menyentuh sensitiviti, subversif dan negatif mana-mana pihak.

7.                  Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu karya. Tetapi hanya satu karya sahaja yang dipilih sebagai pemenang.

8.                  Para peserta perlu mengisi borang penyertaan dan pengakuan keaslian karya yang dilampirkan. Borang perlu dihantar bersama-sama dengan karya.

9.                  Karya yang dihantar menjadi hak milik penganjur. Pihak penganjur berhak menyunting, mencetak dan menerbitkan karya tersebut.

10.              Keputusan panel juri adalah muktamad.

 

SYARAT PENGHASILAN CERPEN

1.                  Setiap cerpen mestilah menerapkan elemen yang mengandungi hubung kait dengan nilai patriotik, perpaduan, serta yang bersangkut paut dengan tema kemerdekaan negara dan Hari Malaysia. Karya mestilah boleh membangkitkan semangat cintakan negara dan perpaduan kepada pembaca.

2.                  Panjang cerpen adalah di antara : 3000-4000 patah perkataan

3.                  Karya perlu bertaip surat A4 dengan jarak langkau dua baris dan menggunakan font Arial atau Times New Roman saiz 12.

 

 SYARAT PENGHASILAN PUISI

1.                  Penulisan puisi  perlu mengambil kira perkara berikut:

2.                  Setiap puisi mestilah menerapkan elemen yang mengandungi hubung kait dengan nilai kecintaan, perpaduan, serta yang bersangkut paut dengan tema kemerdekaan dan patriotik.

3.                  Puisi hendaklah ditaip di atas kertas A4 dalam jarak  langkau dua baris dan menggunakan font Arial saiz 12.

4.                  Sajak ditulis dalam lingkungan  20 hingga 25 baris sahaja. Genre puisi seperti pantun, gurindam, syair, rejang mestilah 10 rangkap

 

HADIAH  

 Cerpen

 Tempat Pertama: RM 500, Sijil dan Cenderamata

Tempat Kedua: RM 400, Sijil dan Cenderamata

Tempat Ketiga: RM 300, Sijil dan Cenderamata

Sagu Hati (5): RM 100, Sijil dan Cenderamata

Setiap penyertaan akan diberi sijil penyertaan

 

 

Puisi

 Tempat Pertama: RM 400, Sijil dan Cenderamata

Tempat Kedua: RM 300, Sijil dan Cenderamata

Tempat Ketiga: RM 200, Sijil dan Cenderamata

Sagu Hati (5): RM 100, Sijil dan Cenderamata

Setiap penyertaan akan diberi sijil penyertaan

 

PENGHANTARAN KARYA  

Karya perlu dihantar dalam bentuk salinan lembut (soft copy) dan die-melkan ke ikatanpersuratanm Nama dan alamat penulis tidak dibenarkan tertera pada karya yang dihantar. Maklumat hanya perlu ditulis pada Borang Penyertaan dan Pengakuan Keaslian Karya.    Karya yang dihantar menjadi hak milik penganjur. Pihak penganjur berhak menyunting, mencetak dan menerbitkan bahan tersebut. Hak cipta karya yang dihantar menjadi milik penganjur.  Tarikh tutup sayembara ini adalah pada 16 September 2020. Sebarang pertanyaan mengenai sayembara, sila berhubung dengan Setiausaha 1, Cik Norhidayah Mohd Rasid, ditalian WhatsApp 019-3914673Keputusan panel juri adalah muktamad.

 

 

1 comment:

  1. As salam..borang penyertaan boleh dapatkan di mana ya tuan?

    ReplyDelete