Sunday, September 27, 2020

Joglo Nyai Kusuma

 Assalamualaikum

Tahniah kepada ahli IPM, Cik Puan Maslina Ngadiman yang menghasilkan buku Kumpulan Cerpen terbitan UTEM Press.

Berminat boleh hubungi Cik Puan Maslina Ngadiman di Facebook

SINOPSIS KUMPULAN CERPEN JOGLO NYAI KUSUMA



Apa katamu tadi?” tukas Melor Hidayah.

Iman membuat muka mengerut, minta dikasihani. Kata-katanya tadi ialah, dia bimbang tidak dilamar kerana bahagian wanitanya tidak dijahit seperti kebanyakan anak perempuan di kampungnya, di Somaliland.

 

-Hari Ini Lodi Gardens Tersenyum

---

“Ini 3 tahil duit bagi menyewa petak. Saudara hanya perlu mengaku yang kita ini suami isteri.”

Si pedagang berasa amat terkejut sampai mahu terduduk. Dia pandang gadis itu dengan muka tidak percaya.

 

- Belayar ke Negeri Segantang Lada

---

 “Kau tahu mengapa joglo ini bernama Nyai Kusuma?”

 

Ceh, manalah saya tahu. Tapi itu cuma jawapan di dalam hati.

 

“Tidak,” itu yang terpacul dari mulut pembantu baru ini.

“Nyai itu bermaksud perempuan simpanan Belanda,” terang tuan majikan dengan nada agak keras.

 

“Terus, masalahnya apa?” Wahidah tergamam,mengapa pertanyaan itu dapat keluar dari mulutnya?

- Joglo Nyai Kusuma

 

Judul lain yang terdapat dalam kumpulan cerpen ini adalah:

Kundur Hijau, Petir dan Tukang Samak Teringin Jadi Biduan

Tuan Si Maling

Tuan Si Maling II

Cyprus dan Pemuda Itu

Cerita di Kebun Limau Nipis

Kebaya Encim dari Paman Edward

Kebaya Solo untuk Cik Puan

Lambaian Kota Makassar

Sepetang di Pojok Kafe

Raha dan Uwan Busu yang Menanti Tok Alang

No comments:

Post a Comment