Wednesday, December 22, 2021

Bicara Buku Antologi Cerpen Sepetang di Kuala dan Antologi Puisi Ramban Musim

 


Assalamualaikum. Dengan rasa syukur, akhirnya penantian hampir dua tahun terbitlah dua antologi cerpen dan puisi sempena 70 tahun penubuhan Ikatan Persuratan Melayu. Pada 18 Dismeber 2021 telah berlangsung satu program bicara buku yang menampilkan Ketua 2 Ikatan Persuratan Melayu (IPM) yang juga Tokoh Penggiat Budaya, Tn Hj Ab Rani b Embi bersama Puan Aminah Mokhtar yang merupakan penerima SEA Write Award dan Sasterawan Johor memperkatakan tentang dua natologi yang baru dikeluarkan pada bulan Disember 2021. Moderator program ini Encik Mohd Ab Malek Md Shah merupakan AJK IPM dan Pensyarah kanan Jabatan Undang-undang.

 

Bicara Buku adalah satu program yang menghimpunkan para penulis, pengarang, penganalisis sastera, pembaca dan peminat sastera tanahair. Di situ mereka akan berhimpun bagi membicarakan antologi Cerpen Sepetang di Kuala dan Antologi Puisi Ramban Musim. Kedua-dua antologi ini menghimpunkan karya-karya ahli Ikatan Persuratan Melayu yang bukan sahaja bermastautin di Melaka tetapi juga di luar Melaka. Dua antologi ini diterbitkan sempena 70 tahun Ikatan Persuratan Melayu. 


Antologi Cerpen Sepetang Di Kuala menghimpunkan 16 buah cerpen penulis IPM. Gandingan orang lama dan baharu ini menampilkan gaya tersendiri dalam menghasilkan cerpen. Terdapat juga cerpen mantan Ketua 1 IPM iaitu Cerpen Hudud karya Allahyarham Razali Endun selain karya Allahyarhamah Zaiton Md Tawil bertajuk Persona Berkalung Nestapa IPM memberikan penghormatan untuk menerbitkan karya ahli IPM yang telah pergi sebagai mengenang jasa dan sumbangan mereka dalam dunia persuratan tanah air. Selain itu turut termuat ialah cerpen yang telah memenangi Pertandingan Menulis Cerpen Sejaran Melaka anjuran IPM.

 

Antologi Cerpen Sepetang Di Kuala memaparkan sikap penulis yang begitu prihatin terhadap sejarah bangsa selain dengan begitu bijaksana cuba untuk mengetengahkan aspek budaya dan persekitaran hidup. Penulis cuba menggarap budaya hidup orang-orang melayu pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka yang menuntut pertimbangan akal untuk meletakkan benar salah dalam pertimbangan sejarah. Malahan terdapat juga penulis yang begitu berani cuba untuk bereksperimen bagi menguji pemahaman dan penerimaan khalayak pembaca. Semoga karya-karya yang diterbitkan ini mampu menggugah rasa cakna pembaca terhadap sejarah dan persekitaran hidup mereka.

Antologi Puisi Ramban Musim merupakan himpunan 84 buah karya ahli IPM. Tema yang menjadi pilihan penulis ada pelbagai namun apa yang pasti tema ini mencakupi hubungan penulis dengan manusia dan persekitaran mereka. Hal ini menunjukkan betapa akrabnya hubungan manusia penulis itu dengan manusia dan alam yang melingkari hidup mereka. Ini bertepatan dengan sikap prihatin yang ditunjukkan oleh penulis. Rasa prihatin penulis mampu mengangkat permasalahan yang dihadapi oleh manusia dan persekitarannya. Semoga apa yang cuba dibawakan oleh penulis terhadap khalayak pembaca mampu membawa perubahan ke arah kebaikan yang dihasratkan.

 



Friday, December 17, 2021

Aspresiasi Puisi Pelestarian Alam Sekitar


Assalamualaikum. Dah lama rasanya tak kemaskini blog Ikatan Persuratan Melayu (IPM). Alhamdulilah pada 17 Disember 2021 telah berlangsung satu acara yang besar antara kerjasama Kementerian Alam Sekitar, PENA dan IPM berlangsung di Menara Taming Sari pada pukul 8.30 malam. Acara ini menampilkan nama-nama hebat seperti Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang yang merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar. Turut hadir ialah Dato' Ts. Kamel bin Mohamad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka serta Datuk Zaidi Attan yang merupakan DUN Sekam dan EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar

Majlis ini menampilkan penyanyi lagu rakyat dan pelakon Roslan Madun sebagai pengacara majlis ini. Nama-nama besar yang turut menyampaikan puisi ialah Sasterawan Negara, Datuk Dr Zurina Hassan bersama anaknya,Siti Raihani Mohamed Saaid. Selain itu turut menampilkan Presiden PENA, Dr Saleeh Rahamad, Penerima SEA Write, Dr Lim Swee Tin, Dr Haryatie Ab Rahman, juga turut serta pelakon dan pengarah hebat, Dato' Ahmad Tamimi Siregar, Dr Shafa'atussara Silahudin, Pengarah JKKN, Melaka, Cik Puan Ezlina Alias dan wakil dari KASA.

 

Acara yang berakhir pada pukul 11 malam turut menampilkan penyair dari Melaka iaitu Ketua 1 Ikatan Persuratan Melayu, Tn Hj Abd Razak b Adam, Ketua 2 IPM yang juga Tokoh Penggiat Budaya Negeri  Melaka iaitu Tn Hj Ab Rani b Embi. Selain itu turut menampilkan Johan SDPK peringkat kebangsaan, Aflieza Arshad dengan penyampaian sajak yang penuh bertenaga. Johan SDPK 2019 peringkat negeri Melaka, Shahrul Mubarak juga menyampaikan sajak. Suffian Khirkham yang merupakan SDPK peringkat Negeri Melaka tahun 2021 yang menyampaikan rejang. Mohd Idham Khalil Ibrahim yang merupakan AJK Ikatan Persuratan Melayu (IPM) yang menjadi Naib Johan Pertandingan Deklamasi Sajak NUTP sempena Hari Guru Sedunia pada tahun 2018.


Acara yang berlangsung pada waktu hujan di sekitar ruang Menara Taming Sari ini turut dihadiri oleh Ketua 1 PENAMA cikgu Ahmad Zauawi Che Cob dan Ketua 1 PEN, Puan Nisah Haron serta Penerima SEA Write Award dan sasterawan Johor iaitu Puan Aminah Mokhtar. Turut meraikan majlis ini ahli-ahli IPM, PENA dan ahli-ahli dari kerabat GAPENA.

 


































Friday, August 6, 2021

Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat Negeri Melaka kali ke-35

Alhamdulilah. Pada tahun ini IPM kembali  diberi kepercayaan oleh GAPENA untuk mengendalikan acara tradisi tahunan iaitu Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat Negeri Melaka kali ke-35. Ini merupakan kali ketiga IPM akan menganjurkannya bersama GAPENA, JKKN Melaka dan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS)

Kali ke-32 pada tahun 2018 IPM menganjrkan di Dewan SMK(A) Sharifah Rodziah dengan kerjasama  GAPENA, DBPWS dan SMK (A) Sharifah Rodziah. Pada  kali ke-33 pada tahun 2019, IPM sekali menganjurkannya di Dewan PLatinum dengan kerjasama DBPWS, GAPENA dan Politeknik Merlimau.

Pada tahun ini, musim pandemik, untuk kali ketiga berbeza seperti tahun-tahun yang lepas. IPM bersama persatuan-persatuan kerabat GAPENA menganjurkannya dalam talian. Untuk tahun ini IPM bersama GAPENA, DBPWS dan JKKN Melaka akan bergabung untuk melancarkan perjalanan SDPK peringkat Negeri Melaka.

Bagi IPM, tarikh akhir menghantar video penyertaan adalah pada 15 Ogos 2021. Pihak juri akan menilai video tersebut seterusnya akan memilih 6 peserta yang terbaik untuk ke peringkat akhir yang akan diadakan pada 28 Ogos 2021.


Hadiah yang ditawarkan

Johan: RM 1000.00 bersama sijil dan cenderahati

Naib Johan: RM 700.00 bersama sijil dan cenderahati

Ketiga: RM 500.00 bersama sijil dan cenderahati

3 Saguhati: RM 200 bersama sijil dan cenderahati.




Monday, July 19, 2021

Selamat Hari Raya Aidiladha





 Assalamualaikum

Jawatankuasa Ikatan Persuratan Melayu Mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha

Saturday, January 9, 2021

Gen-Wi


 Assalamualaikum
Secara rasminya Gen-Wi dirasmikan pada 19 Disember 2020 oleh YAB Datuk Wira Hjh Mas Ermieyati Hj Samsudin, Ahli Parlimen jugaTimbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi juga Ahli Parlimen Masjid Tanah di Hotel Seri Malaysia,

Apa itu Gen-Wi?
Generasi Warisan Ikatan Persuratan Melayu.

Siapakah yang boleh menjadi ahli Gen-Wi?
Mereka yang berusia 13 hingga 18 tahun dan dibuka kepada semua warganegara Malaysia.

Tujuan penubuhan Gen-Wi?
Untuk melahirkan lebih ramai penulis, penggiat seni, budaya dan juga sastera tanahair juga sebagai penyambung warisan Ikatan Persuratan Melayu (IPM).

Peranan IPM terhadap Gen-Wi adalah mentor juga membantu generasi muda ini cenderung dan tekun menghasilkan karya-karya. Melentur buluh biarlah dari rebung, makan inilah peranan IPM untuk melahirkan  penulis muda dari serata negara. Ahli Gen-Wi boleh mendapatkan nasihat, rujukan, tunjuk ajar, bimbingan dari ahli-ahli Ikatan Persuratan Melayu (IPM) yang sedia membantu. Antara nama-nama yang berpengalaman dalam bimbingan anak-anak muda seperti Tn Hj Ab Rani b Embi, Tn Hj Ab Razak, Puan Zubaidah Ishak, Cik Norhidayah Mohd Rasid dan ramai lagi. Nama-nama ini pernah terlibat dalam bengkel Tunas Muda dan Tunas remaja.

Bagaimana mahu menjadi ahli Gen-wi?
Akan dimaklumkan melalui Group FB Ikatan Persuratan Melayu.

Senarai Jawatankuasa Ikatan Persuratan Melayu (IPM) sesi 2020/22

 

Senarai Jawatankuasa Ikatan Persuratan Melayu sesi 2020/22

Ketua 1: Tn Hj Ab Razak b Adam
Ketua 2: Tn Hj Ab Rani b Embi
Setiausaha 1: Cik Norhidayah Mohd Rasid
Setiausaha 2: Encik Mohd Rafizi b Mohd Isha
Bendahari: Tn Hj Othman b Drus
Senarai AJK:
  1. Tn Hj Husin b Embi
  2. Tn Hj Shaharudin b Daud
  3. Encik Sufrei b Abu Bakar
  4. Encik Mohd Idham Khalil b Ibrahim
  5. Encik Mohd Malek Md Shah
  6. Puan Norlinda binti Hassim
  7. Puan Norliza binti Md Yamin
  8. Puan Hasnah binti Mohamad Noor