Friday, December 17, 2021

Aspresiasi Puisi Pelestarian Alam Sekitar


Assalamualaikum. Dah lama rasanya tak kemaskini blog Ikatan Persuratan Melayu (IPM). Alhamdulilah pada 17 Disember 2021 telah berlangsung satu acara yang besar antara kerjasama Kementerian Alam Sekitar, PENA dan IPM berlangsung di Menara Taming Sari pada pukul 8.30 malam. Acara ini menampilkan nama-nama hebat seperti Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang yang merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar. Turut hadir ialah Dato' Ts. Kamel bin Mohamad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka serta Datuk Zaidi Attan yang merupakan DUN Sekam dan EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar

Majlis ini menampilkan penyanyi lagu rakyat dan pelakon Roslan Madun sebagai pengacara majlis ini. Nama-nama besar yang turut menyampaikan puisi ialah Sasterawan Negara, Datuk Dr Zurina Hassan bersama anaknya,Siti Raihani Mohamed Saaid. Selain itu turut menampilkan Presiden PENA, Dr Saleeh Rahamad, Penerima SEA Write, Dr Lim Swee Tin, Dr Haryatie Ab Rahman, juga turut serta pelakon dan pengarah hebat, Dato' Ahmad Tamimi Siregar, Dr Shafa'atussara Silahudin, Pengarah JKKN, Melaka, Cik Puan Ezlina Alias dan wakil dari KASA.

 

Acara yang berakhir pada pukul 11 malam turut menampilkan penyair dari Melaka iaitu Ketua 1 Ikatan Persuratan Melayu, Tn Hj Abd Razak b Adam, Ketua 2 IPM yang juga Tokoh Penggiat Budaya Negeri  Melaka iaitu Tn Hj Ab Rani b Embi. Selain itu turut menampilkan Johan SDPK peringkat kebangsaan, Aflieza Arshad dengan penyampaian sajak yang penuh bertenaga. Johan SDPK 2019 peringkat negeri Melaka, Shahrul Mubarak juga menyampaikan sajak. Suffian Khirkham yang merupakan SDPK peringkat Negeri Melaka tahun 2021 yang menyampaikan rejang. Mohd Idham Khalil Ibrahim yang merupakan AJK Ikatan Persuratan Melayu (IPM) yang menjadi Naib Johan Pertandingan Deklamasi Sajak NUTP sempena Hari Guru Sedunia pada tahun 2018.


Acara yang berlangsung pada waktu hujan di sekitar ruang Menara Taming Sari ini turut dihadiri oleh Ketua 1 PENAMA cikgu Ahmad Zauawi Che Cob dan Ketua 1 PEN, Puan Nisah Haron serta Penerima SEA Write Award dan sasterawan Johor iaitu Puan Aminah Mokhtar. Turut meraikan majlis ini ahli-ahli IPM, PENA dan ahli-ahli dari kerabat GAPENA.

 


































No comments:

Post a Comment