Pada 21 September 2018, telah berlangsung satu program usahasama Ikatan Persuratan Melayu (IPM) bersama Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM) merai kehadiran tetamu dari luar negara seperti Indonesia, Brunei, Filipina, Timor Leste, Turkiministan, Bosnia dan banyak lagi seramai 12 orang.
Program ini diadakan di Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh. Tetamu yang hadir disajikan dengan pelbagai persembahan seperti sajak dari johan Sayembara Deklamasi Puisi hari Kebangsaan 2018, iaitu cikgu Muzaini. Seterusnya Syair dan gurindam dari Puan Norliza Md Yamin, persembahan puisi-puisi lama seperti nazam, rangkait, seloka dari ketua 2 dan juga Tokoh Budaya Melaka, Tn Hj Rani serta persembahan Dondang Sayang dari pasangan duet, murid dari SK Ayer Molek.
Seterusnya, tetamu disajikan dengan pelabagi kuih muih tradisional seperti kuih keria, kasui, onde-onde dan banyak lagi. Selain itu tetamu diberikan cenderahati berupa buku sumbangan IPM dan Puan Rosmiaty, Penyair Malaysia.
No comments:
Post a Comment