Sunday, September 16, 2018

Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kebangsaan ke 32 tahun 2018

Pada 15 September 2018 , pada hari Sabtu, buat pertama kalinya IPM diberi mandat oleh GAPENA menganjurkan acara tahunan Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kebangsaan ke 32 tahun 2018 yang berlangsung di SMKA Sharifah Rodziah, Telok Mas. IPM amat berterima aksih kepada Tuan Pengetua dan warga sekolah tersebut di atas kebenaran menggunakan dewan besarnya untuk menjalankan acara ini. 

Penyertaan pada tahun ini amat menggalakkan. Banyak peserta baru ingin mencuba bakat dan ada di antara mereka mahu melakukannya seklai lagi pada tahun. Puisi yang menjadi pilihan dari Antologi Lantera zaman ialah Serikandi dan Merdekakah Kita?

Khalayak yang hadir adalah ramai dikalangan pelajar-pelajar SMKA Sharifah Rodziah. Ini bertujuan memberi pendedahan kepada mereka akan Sayembara Deklamasi Puisi di kalangan pelajar agar lebih ramai pendeklamator negeri Melaka dilahirkan.

Sayembara ini dirasmikan oleh YB Omar Jafar, Speaker Dun Negeri Melaka diiringi oleh Dr Saleeh Rahamad, Setiausaha 2 GAPENA, Pengarah DBPWS dan Ketua 1 IPM, Tn Hj Abd Razak b Adam.

Pengacara Majlis
Puan Absha Atiah Abu Bakar

Senarai Hakim
1) Tn Hj Rani Embi - Ketua 2 IPM
2) Encik Zauawi Che Cob - Ketua 2 PENAMA
3) Puan Rohaya - Setiausaha Lembaga Bahasa Melayu (LEBAM)

Senarai Pemenang Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kebangsaan ke 32 tahun 2018:-
Johan- Md Muzaini Md Said
Naib Johan - Faiz Izzudin
Ketiga - Idham Khalil Ibrahim
Keempat - Fairuzan Abdul Majid
Kelima - Siti Nurarisha Safrie




















No comments:

Post a Comment